TEKNOLOGI KACA DIPERKUAT

Bahan berasaskan kaca menjadi tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Selain banyak digunakan sebagai perkakasan dapur, bahan kaca juga digunakan sebagai bahan struktur seperti tingkap rumah, pintu, dinding penghadang, cermin dan sebagainya. Namun, kegunaan kaca yang tersebut bukanlah perkara baru dan bukan juga perkara utama yang ingin diketengahkan di sini.

Perkara barunya ialah perkembangan peralatan elektronik mudah alih seperti telefon, tablet dan laptop memerlukan kaca yang ringan dan diperkuat sebagai skrin. Sehingga ke hari ini, kajian berterusan dijalankan untuk menghasilkan kaca yang tidak bercalar atau tidak pecah apabila peranti ini jatuh ke lantai, tanah atau permukaan-permukaan yang berisiko. Mengikut survey yang dibuat, prestasi skrin terhadap rintangan calar dan jatuh menjadi faktor kedua oleh pengguna dalam memilih jenis peranti.

Penyelidik-penyelidik kaca telah menghasilkan perlbagai formulasi kaca, dan kaedah rawatan haba untuk menghasilkan kaca yang kuat dan ringan. Antaranya pengeluar skrin terkenal ialah Corning dengan produk yang dihasilkan mereka iaitu Gorilla Glass. Dengan produk terkini Corning iaitu Gorilla Glass Victus boleh menyelamatkan skrin jika jatuh sehingga ketinggian 2 meter. Percapaian yang paling baik berbanding dengan kaca jenis aluminosilicate iaitu ketinggian selamat 0.8 meter.

Pencapaian ini tidak mungkin diperolehi tanpa kajian yang mendalam dalam bidang teknologi bahan. Di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, pelbagai kajian yang dilakukan dalam bidang ini. Teknologi kaca diperkuat seperti teknologi pertukaran ion menjadi kaedah tumpuan, namun teknologi ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira pengeluaran berskala besar.